Dengan nama Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahim.
Odah mulakan post pertama blog ini dengan buku karangan Raiha Bahaudin, Kunang Pesisir Morten.
Buku ini memang mantap! Antara sebab-musabab mengapa buku ini WAJIB BACA untuk pembaca buku tegar yang cerewet;
1) Ceritanya yang klasik, tetapi unik!
2) Kandungan maklumat am atau 'general knowledge' yang boleh diterima, malah menjadi penguat kepada jalan cerita.
3) Tiada tazkirah atau 'ceramah agama' yang menjengkelkan.
4) Cubaan penulis untuk mempengaruhi pembaca tentang idea kehidupan atau falsafah yang didukung beliau, dilaksanakan dengan santai, tidak membosankan dan tidak memberatkan otak.
Tambahan lagi buku ini adalah 'bestseller' di MPH sekarang;
Jadi Odah syorkan BACALAH buku ini!


No comments:
Post a Comment